Never Forget - Maher Zain ft Mesut Kurtis
Tak suka boleh pause. (:

Wednesday, August 7, 2013

8/8/2013

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Yaaa... I love that quote. So, semalam last terawih. Aku pergi. Tapi, tak buat 20 rakaat. ><  kawan aku pulak buat masalah, tak tahan nak kencing. Adoii~ *ya. aku memang seorang yg takleh hidup tanpa kawan. Sampai ada kawan aku tegur, "solat tak perlu nak ada kawan atau tunggu kawan". Pergghhh! Memang terasa la kepedasan mee maggi tu. Tapi, nak buat canerr, aku sahabat sejati. Kawan kena sentiasa ada kat sisi aku walau apa benda pun aku nak buat. Tapi, kalo nak masuk tandas, takyah la ajak kawan! XD

Semalam, hari ni...dah ramai gerak gerak khas balik kampung. Aku je belum gerak gerak khas. Raya kedua balik. TT___TT  harap mercun ada lagi tunggu aku. Sebab selalunya, kitaorang sedara'mara, sepupu'sepapat, main mercun sama'sama waktu raya pertama. (Y)  the sweet happy family moment~

Jadi, aku taknak cakap banyak, *ehh cakap pulak, patutnya taip. :P  kalo taip banyak pun, macamlah ada orang baca. Ramai dah balik kampung. Mesti takde masa nak bukak tenet baca blog orang. Kena tolong sediakan rendang, ketupat, cat rumah, tukar langsir... Uishh, banyak tul kerja rumah bila menjelang hari raya. Kalo boleh, semua nak baru dan bersih kan? Mesti sesiapa yang pembersih gila tu, sanggup sental lubang jamban yang dah berlumut tu sampai berkilat kan? Kan? Tak pun, dinding, pintu bilik air tu...mesti dikiwikan lagi sampai berkilat mengalahkan cahaya matahari~ yapp... Ayah aku pembersih orangnya. Dia memang pantang kalau rumah kotor. Tandas pun, kena bersih. Setiap sudut, bucu semua kena berkilau.

Dah...cerita ke lain pulak~ tadi kata tak nak taip panjang. Heheheee~ :3  gomen ne~ jadi...saya pendekkan citer,

eh eh! Dorang dah masuk Islam! xD
Di sini, ada pantun sikit untuk korang. Pantun ini, bukan hak milik aku. Tetapi, ianya diciplak oleh aku daripada kawan'kawan aku yang pandai berpujangga ituuu~ silakan baca ya~ kalo tak best, jangan salahkan aku! Salahkan kawan aku! :P

Bawak mercun naik lori,
pergi memancing ikan patin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
dalam bergurau mungkin terlanjur senda.
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota,
dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa.
Jika ada...KEMAAFAN jualah yang dipinta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
SELAMAT BERCUTI! ≧◠◡◠≦✌

Sunday, August 4, 2013

Kenangan~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Hola! Selamat malam! Ni entry yang keberapa tah aku post untuk bulan Ramadhan ni~ cehhh! xD  so, amende yang kenangan bagai sangat ni? Heheee... Ni diaaa~


tak nampak muka dorang yg lawa ni, sila zoom sendiri ya.
Hari Khamis haritu, sekolah aku ada buat Ihya Ramadhan. Ohh man! Really miss them! ><'  rindu kat cikgu'cikgu dengan dorang cuti dua minggu ni... Ada jugak la kawan aku yang raya tak balik kampung. Sian dorang~ huhuuu~ aku balik raya kedua. Tak best. Nak balik sehari sebelum raya. ><

Kat Ihya Ramadhan tu kan...time solat terawih, peeerrgghhh! Ada cikgu ni, dia jemput anak dia jadi imam solat terawih... Anak beliau ni, tak silap aku tahfiz. Memang sedap gilaaa baca. Beralun'alun ja. Melting siottt! Ada macam Fatih sikit dia baca. XD  huhuuu... Orang tahfiz ni, memang sedap baca bila Quran kan? Aku pun nak jadi macam dorang, baca Quran beralun'alun. Tapi, aku takleh ikut stail sendiri. Aku tak reti. Kalau ikut orang aku reti la. Contoh macam Fatih. :P  aku hafal sikit surah Maryam dengan surah A'basa. Pasni, nak hafal surah Mutaffifin pulak. InsyaAllah~ heheheee~ bolehlah...macam berlagu sikit. :3

Tadi...pergi beli baju raya aku. Hmm...banyak aku tak berkenan wehh. Taktau pehal. -.-  bila aku dah beli/pilih, mak dengan kakak aku cakap macam baju sami'sami yang tak pakai selipar tu. Bila beliau dah cakap macam tu, memang down terus lah mood aku nak cari lain. Dahlah dengan kaki penat, perut lapar. Memang tak larat lah. Balik rumah terus tidor. Sampai pukul 7 baru bangun. Hahahaaa! *anak dara apa la ni bangun pukul 7. xD

#aku dah mula suka dengar lagu blog aku sendiri. heheee~ :3

Saturday, August 3, 2013

Puasa Dan Raya.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Dah lama tak update kan? Rindu kat korang. Dan...dah lama jugak tak blogwalking. )':  rindu nak berblog macam biasa. Tapi, tulah. Masa mencemburui aku~ >//<  dengan exam besar tahun ni~ dengan trial haritu. Mana tak sibuknya. Sibuk tu, sibuk jugak, tapi...keputusan teruk jugak. TT___TT  *tulah, time nak exam, baca novel, bukan baca buku math. -.-

So...puasa dah nak habis~ ><  tidaaakkk!


Raya pulak nak dekat~ :D  aku harap, dapat puasa penuh dan takde halangan~ ><  so, mesti dah ramai yang balik kampung kan? Aku belum lagi~ raya kedua baru balik. ):  selalunya, sehari sebelum raya aku dah balik, tapi, tahun lepas dengan tahun ni, raya kedua baru balik. TT___TT  mesti mercun'mercun yang pak cik aku bawak dah habis. Sebab main malam pertama raya. Huuuwaaaarrghhh! Apa'apa hal, sebelum raya, kena kemas rumah sikit. Mak aku dah start bagi tugas kat kitaorang adik beradik. (Y)  hahaaa! Dah lama tak rasa perasaan ni. Macam bergotong-royong bersihkan rumah bersama keluarga tersayang~ :'D

Walaubagaimanapun...time cuti ni, cikgu bagi kerja sekolah. Math. Oh no! Math la paling aku lemah! Dahlah banyak gilaaa! Tapi takpe, boleh practice untuk PMR nanti. ><  trial ni, taktau lagi math dapat berapa. Harap lulus. Aku tak mintak lebih, dapat C atau D cukup lah. Asalkan lulus~ )': agaknya, nombor'nombor ni, tak sebati dalam kehidupan aku~ ><  I hate numbers! TT___TT
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
Lagi satu...raya, raya jugak. Ni aku nak kongsi... Harap, dapat menginsafkan korang. Dan...hayatilah kisah ini. *ni pun, aku baru dapat tau drpd kawan aku. seriously, tak sampai separuh video ni, aku dah nangis. )':


Ingatlah, di akhirat nanti, kita yang akan mencari syafaat baginda. Banyakkan berzikir ke atas baginda. Wallahua'lam. (: