Never Forget - Maher Zain ft Mesut Kurtis
Tak suka boleh pause. (:
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013

Aktiviti-aktiviti selepas PMR #2

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Okay, aku tau...aku lambat nak ucapkan... Tapi apa'apa pun, aku tetap nak ucapkan jugak! :D


Raya ni, aku tak pergi mana'mana. Lawat saudara'mara pun tak. Yelah, ayah aku, tukang sembelih, mak aku pulak, merewang dengan geng kongsi gelap beliau potong'potong daging. (Y)  then agih'agihkan daging satu untuk satu blok. Aku, blok 4...ada 2 ekor kambing. Kat kawasan rumah aku, ada 5 blok. Setiap blok, ada lembunya sendiri. (Y)  :D

Okay...hari ni hari Rabu. Ada 2 aktiviti yang kitaorang main. Sukaneka dan Amazing Race.

Sukaneka tu, macam biasalah, permainan budak'budak tadika, darjah 4, 5, 6 tu. Pertama, kitaorang kena isi air dalam botol pakai span. Hahahaaa! Serius, teringat zaman aku tadika dulu'dulu dan sekolah rendah. Sweetnyaaa bila kenang balik. Rasa nak balik ke zaman tu. ♥  kedua pulak, kitaorang kena bawak bola ping pong letak kat sudu guna mulut. xD  hahaa! Kenangan tu beb! Then, game last, tiup belon sampai pecah. Tapi, semua bantah. Dorang tak berani nak tiup belon sampai pecah kat mulut. Setelah buat tawar'menawar dengan cikgu, cikgu pun bagi kemudahan sikit...dengan pecahkan belon tu mestilah duduk atas belon tu. Hoh0o0! Akhirnya...bila tiba part aku, aku tak dapat tiup belon tu! Malu gilaaa! Tapi, buat muka selamber suda... Nasib baik kawan aku tolong buatkan. Cikgu bagi kebenaran untuk tukar~

Dan...akhirnya, kumpulan kitaorang kalah. Tak dapat tempat ketiga, kedua mahupun pertama~~~ sayangnyaaa~ game budak sekolah tadika pun tak lepas nak dapat nombor satu. Mwahahahahaaaaa! Papepun, tu memang kenangan lah. Rindunyaaa~~~


Then...game kedua pulak. Amazing Race. Disebabkan di kalangan budak perempuan melayu dah ramai layang Running Man, dorang anggap Amazing Race tu Running Man. Hahahahaaa! Tapi tukar la, Running Girl. Sebab ramai yang masuk ialah perempuan. 2 kumpulan je ada ahli lelaki. Lagi 8 kumpulan, semua perempuan. *nampaknya memang betullah, zaman sekarang perempuan dah ramai dari lelaki.*

Game pertama, mencabar sikit ah. Kena asingkan kacang'kacang. Nak'nak kacang hijau! Dahlah kecik, asyik jatuh bawah meja ja! Susah woo! Kacang yang besar'besar, senang sikit nak susun~ kumpulan aku, second last baru siap. lol. Game kedua, kena main teka teki dengan cikgu. Soalan teka teki berbunyi macam ni,
dalam banyak'banyak kuih, kuih apa yang hanya bahagian tepi je boleh makan, tapi tengah'tengah tak boleh?
Lebih kurang macam tu laaa... Cer korang teka, apa jawapannya? Nak jawab, komen la ye. (; game ketiga pulak, kena tendang bola sampai kon jatuh. Kitaorang group yang ketiga dapat selesaikan misi tu! Hihihiii... Tapi, aku sepak bukan kena kon, kena kaki cikgu. xD  misi keempat pula, kena isi air dalam span lagi. Aduhhh...naik bosan aku. Then, kena jadi patung. Cikgu KH arahkan kitaorang buat situasi sedang berniaga. Dan...masing'masing kena jadi patung dah buat aksi macam orang tengah berniaga. (Y)  simple ja tu~ heheheee~ celah gigi ja tu. Misi keenam pulak, kena carik bilik stor. Memang lama gila nak carik! Dahlah bangunan sekolah 10 tingkat! Stor pulak, taktau stor apa. At least bagilah klu lagi, stor sukan ka, stor buku ka... Adui~~~ memang mencabar la. Peluh2 dibuatnya. Dan...game yang ketujuh... Kena kutip sampah berlainan. Cikgu nak 10 sampah berlainan. Phewww! 10 kumpulan, 10 orang. See, berapa ramai buat kerja amal bersihkan sekolah? Hahahaaaaa! Duduk goyang kaki je la makcik'makcik cleaner tu. Sebab kitaorang dah ganti kerja dorang buat sementara waktu~ (;

Akhirnya...our group got the THIRD place! Yeeehaaaaa! Tak dapat nombor pertama takpelah, asalkan TOP 3. Eheheheee~ :3


Katanya, esok ada futsal pulak. ♥ I like~ (;  aku nak jadi keeper. Aku boleh jadi Khairul Fahmi Che Mat versi perempuan. xD  tadi practice main, kitaorang punya group 5 kali gol. :3  ekceli, aku suka jadi penjaga gol sebab tak banyak bergerak~ xD  malas nak lari sebenarnya~

Permainan tradisional pulak, batu seremban je aku isi nama. Congkak tak. Aku tak pro sangat main congkak. Lagi satu, carrom~ woooh0o0oo~~~ lama gila tak main carrom! ♥  tak sabar nak main! Walaupun dah lupa macam mana cara nak main carrom~ xD

Wednesday, August 7, 2013

8/8/2013

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Yaaa... I love that quote. So, semalam last terawih. Aku pergi. Tapi, tak buat 20 rakaat. ><  kawan aku pulak buat masalah, tak tahan nak kencing. Adoii~ *ya. aku memang seorang yg takleh hidup tanpa kawan. Sampai ada kawan aku tegur, "solat tak perlu nak ada kawan atau tunggu kawan". Pergghhh! Memang terasa la kepedasan mee maggi tu. Tapi, nak buat canerr, aku sahabat sejati. Kawan kena sentiasa ada kat sisi aku walau apa benda pun aku nak buat. Tapi, kalo nak masuk tandas, takyah la ajak kawan! XD

Semalam, hari ni...dah ramai gerak gerak khas balik kampung. Aku je belum gerak gerak khas. Raya kedua balik. TT___TT  harap mercun ada lagi tunggu aku. Sebab selalunya, kitaorang sedara'mara, sepupu'sepapat, main mercun sama'sama waktu raya pertama. (Y)  the sweet happy family moment~

Jadi, aku taknak cakap banyak, *ehh cakap pulak, patutnya taip. :P  kalo taip banyak pun, macamlah ada orang baca. Ramai dah balik kampung. Mesti takde masa nak bukak tenet baca blog orang. Kena tolong sediakan rendang, ketupat, cat rumah, tukar langsir... Uishh, banyak tul kerja rumah bila menjelang hari raya. Kalo boleh, semua nak baru dan bersih kan? Mesti sesiapa yang pembersih gila tu, sanggup sental lubang jamban yang dah berlumut tu sampai berkilat kan? Kan? Tak pun, dinding, pintu bilik air tu...mesti dikiwikan lagi sampai berkilat mengalahkan cahaya matahari~ yapp... Ayah aku pembersih orangnya. Dia memang pantang kalau rumah kotor. Tandas pun, kena bersih. Setiap sudut, bucu semua kena berkilau.

Dah...cerita ke lain pulak~ tadi kata tak nak taip panjang. Heheheee~ :3  gomen ne~ jadi...saya pendekkan citer,

eh eh! Dorang dah masuk Islam! xD
Di sini, ada pantun sikit untuk korang. Pantun ini, bukan hak milik aku. Tetapi, ianya diciplak oleh aku daripada kawan'kawan aku yang pandai berpujangga ituuu~ silakan baca ya~ kalo tak best, jangan salahkan aku! Salahkan kawan aku! :P

Bawak mercun naik lori,
pergi memancing ikan patin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
dalam bergurau mungkin terlanjur senda.
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota,
dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa.
Jika ada...KEMAAFAN jualah yang dipinta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
SELAMAT BERCUTI! ≧◠◡◠≦✌

Sunday, August 4, 2013

Kenangan~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Hola! Selamat malam! Ni entry yang keberapa tah aku post untuk bulan Ramadhan ni~ cehhh! xD  so, amende yang kenangan bagai sangat ni? Heheee... Ni diaaa~


tak nampak muka dorang yg lawa ni, sila zoom sendiri ya.
Hari Khamis haritu, sekolah aku ada buat Ihya Ramadhan. Ohh man! Really miss them! ><'  rindu kat cikgu'cikgu dengan dorang cuti dua minggu ni... Ada jugak la kawan aku yang raya tak balik kampung. Sian dorang~ huhuuu~ aku balik raya kedua. Tak best. Nak balik sehari sebelum raya. ><

Kat Ihya Ramadhan tu kan...time solat terawih, peeerrgghhh! Ada cikgu ni, dia jemput anak dia jadi imam solat terawih... Anak beliau ni, tak silap aku tahfiz. Memang sedap gilaaa baca. Beralun'alun ja. Melting siottt! Ada macam Fatih sikit dia baca. XD  huhuuu... Orang tahfiz ni, memang sedap baca bila Quran kan? Aku pun nak jadi macam dorang, baca Quran beralun'alun. Tapi, aku takleh ikut stail sendiri. Aku tak reti. Kalau ikut orang aku reti la. Contoh macam Fatih. :P  aku hafal sikit surah Maryam dengan surah A'basa. Pasni, nak hafal surah Mutaffifin pulak. InsyaAllah~ heheheee~ bolehlah...macam berlagu sikit. :3

Tadi...pergi beli baju raya aku. Hmm...banyak aku tak berkenan wehh. Taktau pehal. -.-  bila aku dah beli/pilih, mak dengan kakak aku cakap macam baju sami'sami yang tak pakai selipar tu. Bila beliau dah cakap macam tu, memang down terus lah mood aku nak cari lain. Dahlah dengan kaki penat, perut lapar. Memang tak larat lah. Balik rumah terus tidor. Sampai pukul 7 baru bangun. Hahahaaa! *anak dara apa la ni bangun pukul 7. xD

#aku dah mula suka dengar lagu blog aku sendiri. heheee~ :3

Saturday, August 3, 2013

Puasa Dan Raya.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Dah lama tak update kan? Rindu kat korang. Dan...dah lama jugak tak blogwalking. )':  rindu nak berblog macam biasa. Tapi, tulah. Masa mencemburui aku~ >//<  dengan exam besar tahun ni~ dengan trial haritu. Mana tak sibuknya. Sibuk tu, sibuk jugak, tapi...keputusan teruk jugak. TT___TT  *tulah, time nak exam, baca novel, bukan baca buku math. -.-

So...puasa dah nak habis~ ><  tidaaakkk!


Raya pulak nak dekat~ :D  aku harap, dapat puasa penuh dan takde halangan~ ><  so, mesti dah ramai yang balik kampung kan? Aku belum lagi~ raya kedua baru balik. ):  selalunya, sehari sebelum raya aku dah balik, tapi, tahun lepas dengan tahun ni, raya kedua baru balik. TT___TT  mesti mercun'mercun yang pak cik aku bawak dah habis. Sebab main malam pertama raya. Huuuwaaaarrghhh! Apa'apa hal, sebelum raya, kena kemas rumah sikit. Mak aku dah start bagi tugas kat kitaorang adik beradik. (Y)  hahaaa! Dah lama tak rasa perasaan ni. Macam bergotong-royong bersihkan rumah bersama keluarga tersayang~ :'D

Walaubagaimanapun...time cuti ni, cikgu bagi kerja sekolah. Math. Oh no! Math la paling aku lemah! Dahlah banyak gilaaa! Tapi takpe, boleh practice untuk PMR nanti. ><  trial ni, taktau lagi math dapat berapa. Harap lulus. Aku tak mintak lebih, dapat C atau D cukup lah. Asalkan lulus~ )': agaknya, nombor'nombor ni, tak sebati dalam kehidupan aku~ ><  I hate numbers! TT___TT
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
Lagi satu...raya, raya jugak. Ni aku nak kongsi... Harap, dapat menginsafkan korang. Dan...hayatilah kisah ini. *ni pun, aku baru dapat tau drpd kawan aku. seriously, tak sampai separuh video ni, aku dah nangis. )':


Ingatlah, di akhirat nanti, kita yang akan mencari syafaat baginda. Banyakkan berzikir ke atas baginda. Wallahua'lam. (: