Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Okay, aku tau...aku lambat nak ucapkan... Tapi apa'apa pun, aku tetap nak ucapkan jugak! :D
Raya ni, aku tak pergi mana'mana. Lawat saudara'mara pun tak. Yelah, ayah aku, tukang sembelih, mak aku pulak, merewang dengan geng
Okay...hari ni hari Rabu. Ada 2 aktiviti yang kitaorang main. Sukaneka dan Amazing Race.
Sukaneka tu, macam biasalah, permainan budak'budak tadika, darjah 4, 5, 6 tu. Pertama, kitaorang kena isi air dalam botol pakai span. Hahahaaa! Serius, teringat zaman aku tadika dulu'dulu dan sekolah rendah. Sweetnyaaa bila kenang balik. Rasa nak balik ke zaman tu. ♥ kedua pulak, kitaorang kena bawak bola ping pong letak kat sudu guna mulut. xD hahaa! Kenangan tu beb! Then, game last, tiup belon sampai pecah. Tapi, semua bantah. Dorang tak berani nak tiup belon sampai pecah kat mulut. Setelah buat tawar'menawar dengan cikgu, cikgu pun bagi kemudahan sikit...dengan pecahkan belon tu mestilah duduk atas belon tu. Hoh0o0! Akhirnya...bila tiba part aku, aku tak dapat tiup belon tu! Malu gilaaa! Tapi, buat muka selamber suda... Nasib baik kawan aku tolong buatkan. Cikgu bagi kebenaran untuk tukar~
Dan...akhirnya, kumpulan kitaorang kalah. Tak dapat tempat ketiga, kedua mahupun pertama~~~ sayangnyaaa~ game budak sekolah tadika pun tak lepas nak dapat nombor satu. Mwahahahahaaaaa! Papepun, tu memang kenangan lah. Rindunyaaa~~~
Then...game kedua pulak. Amazing Race. Disebabkan di kalangan budak perempuan melayu dah ramai layang Running Man, dorang anggap Amazing Race tu Running Man. Hahahahaaa! Tapi tukar la, Running Girl. Sebab ramai yang masuk ialah perempuan. 2 kumpulan je ada ahli lelaki. Lagi 8 kumpulan, semua perempuan. *nampaknya memang betullah, zaman sekarang perempuan dah ramai dari lelaki.*
Game pertama, mencabar sikit ah. Kena asingkan kacang'kacang. Nak'nak kacang hijau! Dahlah kecik, asyik jatuh bawah meja ja! Susah woo! Kacang yang besar'besar, senang sikit nak susun~ kumpulan aku, second last baru siap. lol. Game kedua, kena main teka teki dengan cikgu. Soalan teka teki berbunyi macam ni,
dalam banyak'banyak kuih, kuih apa yang hanya bahagian tepi je boleh makan, tapi tengah'tengah tak boleh?Lebih kurang macam tu laaa... Cer korang teka, apa jawapannya? Nak jawab, komen la ye. (; game ketiga pulak, kena tendang bola sampai kon jatuh. Kitaorang group yang ketiga dapat selesaikan misi tu! Hihihiii... Tapi, aku sepak bukan kena kon, kena kaki cikgu. xD misi keempat pula, kena isi air dalam span lagi. Aduhhh...naik bosan aku. Then, kena jadi patung. Cikgu KH arahkan kitaorang buat situasi sedang berniaga. Dan...masing'masing kena jadi patung dah buat aksi macam orang tengah berniaga. (Y) simple ja tu~ heheheee~ celah gigi ja tu. Misi keenam pulak, kena carik bilik stor. Memang lama gila nak carik! Dahlah bangunan sekolah 10 tingkat! Stor pulak, taktau stor apa. At least bagilah klu lagi, stor sukan ka, stor buku ka... Adui~~~ memang mencabar la. Peluh2 dibuatnya. Dan...game yang ketujuh... Kena kutip sampah berlainan. Cikgu nak 10 sampah berlainan. Phewww! 10 kumpulan, 10 orang. See, berapa ramai buat kerja amal bersihkan sekolah? Hahahaaaaa! Duduk goyang kaki je la makcik'makcik cleaner tu. Sebab kitaorang dah ganti kerja dorang buat sementara waktu~ (;
Akhirnya...our group got the THIRD place! Yeeehaaaaa! Tak dapat nombor pertama takpelah, asalkan TOP 3. Eheheheee~ :3
Katanya, esok ada futsal pulak. ♥ I like~ (; aku nak jadi keeper. Aku boleh jadi Khairul Fahmi Che Mat versi perempuan. xD tadi practice main, kitaorang punya group 5 kali gol. :3 ekceli, aku suka jadi penjaga gol sebab tak banyak bergerak~ xD malas nak lari sebenarnya~
Permainan tradisional pulak, batu seremban je aku isi nama. Congkak tak. Aku tak pro sangat main congkak. Lagi satu, carrom~ woooh0o0oo~~~ lama gila tak main carrom! ♥ tak sabar nak main! Walaupun dah lupa macam mana cara nak main carrom~ xD
hehe..isi air dalam botol tu mesti best..
ReplyDelete