Never Forget - Maher Zain ft Mesut Kurtis
Tak suka boleh pause. (:

Tuesday, October 8, 2013

Fight For Your Freedom!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Setelah sekian lama kita tak bersua muka... *pernah ke walaupun sekali? xD* akhirnya kita bertemu jua.

*start muzik*
Apa khabar orang blogger...
Lama sudah tak berjumpa,
minta-minta semuanya,
di dalam sihat sejahtera...~~~
*muzik habis*

Okay. Tajuk diatas tu, lirik dalam lagu opening Naruto Shippuden~ (Y) ;) heheee... Jadi, disini, aku ingin mengisytiharkan...esok raya! pada 8 Oktober 2013... ... ... Penilaian Menengah Rendah telah TAMAT. Kami kumpulan gelap 98's gang telah pun menempuh dugaan-dugaan, seksaan-seksaan, cabaran-cabaran soalan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Maka, pada tahun hadapan dan seterusnya, tiada lagi PMR. Harap maklum. (:

Rasanya, haritu trial susah giler! Bila jawab PMR, bolehlaaa~ adalah jugak, soalan'soalan yg kacang goreng, ayam goreng je. Pejam mata je dah boleh jawab. *baik butakan terus! xD*  by the way, aku cakap je confident, tah'tah...bila keputusan keluar, berpeluh'peluh sampai terlucut seluar agaknya menengok keputusan. *nampak harapan macam tipis je...nak dapat straight A*. lol. Tapi apa'apa pun, aku harap sangat, semuanya lulus. Aku tak nak gagal. Paling kurang C pun cukup lah. ><  sejarah, sains, math memang aku lemah. )':  *risau gila nihhh!*

And esok, ada pemulangan buku teks tingkatan 3. YAY! No more being tortured by text books! :3  dan hari Jumaat pulak, ada taklimat untuk pakej aliran form 4 tuh. Huhuhuuu... Aku nak ambik sains tulen, sains stream? Jangan harap. Dalam mimpi pun tak. -.-  hari Jumaat pun, ada taklimat jugak pasal Kolej Vokasional. Aku nak masuk KV! :D  sesiapa form 3 yg berminat nak masuk KV, daftar bersama cikgu. Yay! Tak sabar nak isi! *walaupun keputusan trial aku teruk. ><*  haritu pergi KEKK, cemburu gila tahap gear 5 aku tengok dorang pakai uniform KV. Warna oren. >.<  teringin sangat nak masuk~


Then, ada kawan aku ni, ajak pi buat fiesta kat rumah dia. Sempena dah habis PMR. Hahaaa! Fiesta lah sangattt! xD  aku nak pergi!

So, lepas PMR ni, apa aku nak buat? Hmm... Ingat nak listkan macam kawan aku, tapi nanti...takut tak cukup kertas lah pulak~ heheee~ :3  banyak gila aktiviti nak buat lepas PMR. Sekolah pun dah banyak aktiviti. Dengan lawatan lagi. Pergi Melaka! Yay! 23 Oktober ni! Tapi, kena pakai uniform sekolah. Part tu yang tak best tu. -.-  but, this is the first time aku pergi lawatan yg destinasinya jauh macam ni! Wooohooo!!! Eksaited baiii! Keluar bersama kawan'kawan dan cikgu! Yeeehaaa!!! Joget sikit!!!

Lee Kwang Soo... My oldest crush. :D  tahun ni baru kenal Running Man~
sian kan aku? :3 (>‿◠)✌

3 comments:

  1. Dalam banyak2 part, part yg bertulis STRAWHAT PIRATES tu yg menarik minat aku.. Peace no war!

    ReplyDelete
  2. msuk Kv pun bagus. bt pilihan yg terbaik kay. amik aliran yg zaf minat. klau xsuka sains tulen tu, xpyh la amik. mmg tough subjek ea.

    ReplyDelete

Hantar surat kerja posmen,
dah baca silalah komen.
:P