Never Forget - Maher Zain ft Mesut Kurtis
Tak suka boleh pause. (:
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

8/8/2013

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Yaaa... I love that quote. So, semalam last terawih. Aku pergi. Tapi, tak buat 20 rakaat. ><  kawan aku pulak buat masalah, tak tahan nak kencing. Adoii~ *ya. aku memang seorang yg takleh hidup tanpa kawan. Sampai ada kawan aku tegur, "solat tak perlu nak ada kawan atau tunggu kawan". Pergghhh! Memang terasa la kepedasan mee maggi tu. Tapi, nak buat canerr, aku sahabat sejati. Kawan kena sentiasa ada kat sisi aku walau apa benda pun aku nak buat. Tapi, kalo nak masuk tandas, takyah la ajak kawan! XD

Semalam, hari ni...dah ramai gerak gerak khas balik kampung. Aku je belum gerak gerak khas. Raya kedua balik. TT___TT  harap mercun ada lagi tunggu aku. Sebab selalunya, kitaorang sedara'mara, sepupu'sepapat, main mercun sama'sama waktu raya pertama. (Y)  the sweet happy family moment~

Jadi, aku taknak cakap banyak, *ehh cakap pulak, patutnya taip. :P  kalo taip banyak pun, macamlah ada orang baca. Ramai dah balik kampung. Mesti takde masa nak bukak tenet baca blog orang. Kena tolong sediakan rendang, ketupat, cat rumah, tukar langsir... Uishh, banyak tul kerja rumah bila menjelang hari raya. Kalo boleh, semua nak baru dan bersih kan? Mesti sesiapa yang pembersih gila tu, sanggup sental lubang jamban yang dah berlumut tu sampai berkilat kan? Kan? Tak pun, dinding, pintu bilik air tu...mesti dikiwikan lagi sampai berkilat mengalahkan cahaya matahari~ yapp... Ayah aku pembersih orangnya. Dia memang pantang kalau rumah kotor. Tandas pun, kena bersih. Setiap sudut, bucu semua kena berkilau.

Dah...cerita ke lain pulak~ tadi kata tak nak taip panjang. Heheheee~ :3  gomen ne~ jadi...saya pendekkan citer,

eh eh! Dorang dah masuk Islam! xD
Di sini, ada pantun sikit untuk korang. Pantun ini, bukan hak milik aku. Tetapi, ianya diciplak oleh aku daripada kawan'kawan aku yang pandai berpujangga ituuu~ silakan baca ya~ kalo tak best, jangan salahkan aku! Salahkan kawan aku! :P

Bawak mercun naik lori,
pergi memancing ikan patin,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
dalam bergurau mungkin terlanjur senda.
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota,
dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa.
Jika ada...KEMAAFAN jualah yang dipinta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
SELAMAT BERCUTI! ≧◠◡◠≦✌

Sunday, August 4, 2013

Kenangan~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Hola! Selamat malam! Ni entry yang keberapa tah aku post untuk bulan Ramadhan ni~ cehhh! xD  so, amende yang kenangan bagai sangat ni? Heheee... Ni diaaa~


tak nampak muka dorang yg lawa ni, sila zoom sendiri ya.
Hari Khamis haritu, sekolah aku ada buat Ihya Ramadhan. Ohh man! Really miss them! ><'  rindu kat cikgu'cikgu dengan dorang cuti dua minggu ni... Ada jugak la kawan aku yang raya tak balik kampung. Sian dorang~ huhuuu~ aku balik raya kedua. Tak best. Nak balik sehari sebelum raya. ><

Kat Ihya Ramadhan tu kan...time solat terawih, peeerrgghhh! Ada cikgu ni, dia jemput anak dia jadi imam solat terawih... Anak beliau ni, tak silap aku tahfiz. Memang sedap gilaaa baca. Beralun'alun ja. Melting siottt! Ada macam Fatih sikit dia baca. XD  huhuuu... Orang tahfiz ni, memang sedap baca bila Quran kan? Aku pun nak jadi macam dorang, baca Quran beralun'alun. Tapi, aku takleh ikut stail sendiri. Aku tak reti. Kalau ikut orang aku reti la. Contoh macam Fatih. :P  aku hafal sikit surah Maryam dengan surah A'basa. Pasni, nak hafal surah Mutaffifin pulak. InsyaAllah~ heheheee~ bolehlah...macam berlagu sikit. :3

Tadi...pergi beli baju raya aku. Hmm...banyak aku tak berkenan wehh. Taktau pehal. -.-  bila aku dah beli/pilih, mak dengan kakak aku cakap macam baju sami'sami yang tak pakai selipar tu. Bila beliau dah cakap macam tu, memang down terus lah mood aku nak cari lain. Dahlah dengan kaki penat, perut lapar. Memang tak larat lah. Balik rumah terus tidor. Sampai pukul 7 baru bangun. Hahahaaa! *anak dara apa la ni bangun pukul 7. xD

#aku dah mula suka dengar lagu blog aku sendiri. heheee~ :3

Saturday, August 3, 2013

Puasa Dan Raya.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Dah lama tak update kan? Rindu kat korang. Dan...dah lama jugak tak blogwalking. )':  rindu nak berblog macam biasa. Tapi, tulah. Masa mencemburui aku~ >//<  dengan exam besar tahun ni~ dengan trial haritu. Mana tak sibuknya. Sibuk tu, sibuk jugak, tapi...keputusan teruk jugak. TT___TT  *tulah, time nak exam, baca novel, bukan baca buku math. -.-

So...puasa dah nak habis~ ><  tidaaakkk!


Raya pulak nak dekat~ :D  aku harap, dapat puasa penuh dan takde halangan~ ><  so, mesti dah ramai yang balik kampung kan? Aku belum lagi~ raya kedua baru balik. ):  selalunya, sehari sebelum raya aku dah balik, tapi, tahun lepas dengan tahun ni, raya kedua baru balik. TT___TT  mesti mercun'mercun yang pak cik aku bawak dah habis. Sebab main malam pertama raya. Huuuwaaaarrghhh! Apa'apa hal, sebelum raya, kena kemas rumah sikit. Mak aku dah start bagi tugas kat kitaorang adik beradik. (Y)  hahaaa! Dah lama tak rasa perasaan ni. Macam bergotong-royong bersihkan rumah bersama keluarga tersayang~ :'D

Walaubagaimanapun...time cuti ni, cikgu bagi kerja sekolah. Math. Oh no! Math la paling aku lemah! Dahlah banyak gilaaa! Tapi takpe, boleh practice untuk PMR nanti. ><  trial ni, taktau lagi math dapat berapa. Harap lulus. Aku tak mintak lebih, dapat C atau D cukup lah. Asalkan lulus~ )': agaknya, nombor'nombor ni, tak sebati dalam kehidupan aku~ ><  I hate numbers! TT___TT
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
Lagi satu...raya, raya jugak. Ni aku nak kongsi... Harap, dapat menginsafkan korang. Dan...hayatilah kisah ini. *ni pun, aku baru dapat tau drpd kawan aku. seriously, tak sampai separuh video ni, aku dah nangis. )':


Ingatlah, di akhirat nanti, kita yang akan mencari syafaat baginda. Banyakkan berzikir ke atas baginda. Wallahua'lam. (:

Sunday, July 21, 2013

Ramadhan 1434~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Yoo! Sihat? Rindu kat korang! *maklumlah, sibuk hujung tahun ni. PMR. ><  Macam mana puasa korang? Ada tinggal? Lelaki...jangan bagi alasan lah. Perempuan takperrr~ heheee~ :3  so, korang ada tinggal terawih tak? Aku...aku dah banyak kali la kot, tinggal terawih~ eheheee... Sesiapa yang pergi solat terawih tu...jagalah adab ya. Korang dalam masjid/surau. Nah, nasihat ni, khas untuk korang sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. (>‿◠)✌  *untuk aku jugak nasihat ni~ (:



kalo tak nampak, sila copy url dan paste di tab lain untuk mengezoomkan ya. (:
#aku tau, aku manusia paling lambat untuk post entry pasal Ramadhan ni kan? yang lain, sehari sebelum Ramadhan dah post. TT___TT
#doakan aku tau! selasa ni trial dah. ><  sayang korang ketat'ketat!

Friday, June 21, 2013

Cuti Sendiri~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Apa daaa. Hari ni hari Jumaat. Patutnya, hari sekolah. xD  tapi, disebabkan hari ini, SMK Sri Sentosa (sekolah aku la tu) ada aktiviti Hari Sukan, di sekolah lain. Pinjam padang. Sebab, sekolah aku, takde padang. Bukan takde, tengah buat baru. Bukan padang tau, tapi mini stadium~ :3  hebat tak, hebat tak? :P

Jadi...kalau nak pergi sekolah lain tu (apa tah nama, aku dah lupa xD) kena naik kenderaan sendiri. Sesiapa yang ada masuk pertandingan, kawad semua tu, ada bas bawak~ ciss! Tak adil sungguh~ >< *tapi, kalau ada disediakan bas pun, memang aku malas nak pegi~ :3

Oleh itu...hari Jumaat ni, KITA ENJOY!!! LOL. xD

Pejam, celik, pejam, celik, pejam tak celik'celik...dah nak dekat puasa kan? Tak sabar rasanya nak tunggu Ramadhan~ kumpul pahala banyak'banyak... Nak'nak 10 malam terakhir kan...? InsyaAllah, tahun ni aku nak rebut pahala tu! :D  selain tu...bila puasa, petang'petang kat kawasan rumah aku, mesti ada macam'macam jualan. :D  roti jon, kebab, soya + cincau, cendol, ayam percik, ayam penyet, ayam golek. Tu baru kat kawasan rumah aku, belum pi bazar lagi! Ish, ish, ish... Time bulan Ramadhan la baru aku tau, betapa indahnya syurga makanan ituuu~ hahahaaa! Haisshhh...tak sabarnya! Aku nak tapau semua! xD

comel tul Chopper~ <3
Nowadays... *amboi, omputih! heheee~  ramai kawan aku sekarang, ganti puasa...termasuklah aku. Kitaorang semua, memang suka ganti puasa waktu'waktu akhir camni~ heheee... Bila time rehat, kitaorang duk kelas, pakat ramai'ramai baca novel~ hoh0o0!~ memang sekarang ni, makin nak dekat PMR, makin menjadi'jadi kitaorang. Asyik baca novel ja. Then, tukar'tukar novel~ hahaaa! Bestnya! Musim novel kat sekolah. xD

Hari tu, ada pameran Karangkraf punya buku kat sekolah aku. Then ada satu novelis ni datang. Nak tau sapa? Nak tau? Jeng...jeng...jeng...!~ ni diaaa!!!



Hihiii... ;)  Kamsiah Abu! She already came to my school! :D  baru lagi. Hari Selasa hari tu. Aku ada mintak otograp dia. (Y)  then...adalah sikit, dia bagi tips'tips macam mana nak buat karangan yang baik, macam mana nak jadi novelis... Huhuuu~ aku duk belakang sikit, so...tak berapa nak dengar. Heheee~

Dan...lagi satu novelis pernah datang sekolah aku. Heheheee~ nak tau? Nak tau? Ni diaaa!!!~ prang...pang...pang!!!~~~



Anis Ayuni!!! :D  gambar diatas bukan aku! Ambik dari google ja. Anis Ayuni ni, dah lama datang dah kat sekolah aku. Dalam bulan 3 ke 4 tah.
Oleh itu...saya sebagai pelajar sekolah dan mangsa PMR, berbangga bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa, Kuchai Lama, Kuala Lumpur. :D
Dapat jumpa novelis'novelis ni~

≧◠◡◠≦✌

#thanks baca sampai lebam mata. :')