Never Forget - Maher Zain ft Mesut Kurtis
Tak suka boleh pause. (:

Wednesday, October 9, 2013

Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2014 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
  1. Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  2. Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  • Kesihatan diri pemohon:
  1. Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  2. Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional:
  1. Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  2. Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  3. Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Boleh lihat di sini syarat khusus.

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
  1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2014.
  2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2013 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 adalah pada 25 Disember 2013.

Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula atau pada awal persekolahan 2014.

Rayuan Kemasukan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Pertanyaan & Maklumat

  • Sila kunjungi laman web Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
sumber: Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014.

I'm just sharing the information~ (:
teringin nak masuk. >.<

4 comments:

  1. belajar teknikal susah sikit tp nnti senang dapat keje insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah blajar teknikal? >< seram je dengar~
      Amin... harap dapat kerja bersesuaian lah nanti dgn saya~ huhuuu~

      Delete
  2. moga buat pilihan yg baik. mana2 pun yg ada.yg penting ada usaha.insyaAllah..berjaya :)
    good luck

    ReplyDelete

Hantar surat kerja posmen,
dah baca silalah komen.
:P