Never Forget - Maher Zain ft Mesut Kurtis
Tak suka boleh pause. (:

Friday, June 28, 2013

Addicting~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Yeah...I'm addict to something now.


Hahahaaa! Seriously...aku suka dengar suara dia! :D  gambar atas tu, aku nak tukar dari Youtube version ke MP3 version~ nanti rindu suara dia, bolehlah dengar tiap'tiap malam. Suara dia dodoikan aku~ :P  ada dua qari yang aku suka.
1. Fatih Seferagic
2. Hasan Bin Abdullah Al-Awadh
Kedua'dua qari tu, memang feveret aku. Sebelum kenal boyfriend aku (Fatih) *okay, aku perasan :P, aku dah kenal dengan Hasan tu. Suara dia lagi comel dan sedap dari Fatih~ heheee...

(✿◠‿◠)

#waargghhh! Mak aku tak bagi pergi program tu! TT___TT  nanti, 7 Julai dia dah balik~ )':
#Rajalawak! FINAL!

Sunday, June 23, 2013

A Young Hope~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Seriously...aku nak pergi. Rasa macam aku dah anggap he is my idol, maybe? Ni jadual beliau di Malaysia...


14 hari tak silap beliau di Malaysia. Aku nak sangat pergi. )':  tapi, aku tengok kat page dia, kena bayar kalau nak pergi. Ada yang RM100 punya. ><  rasa rugi kalau tak pergi, walhal dia spend time kat Malaysia 8 hari. Tak ke banyak tu?

Malam ni punya aktiviti...


RM10 untuk pelajar!!! Waaarrrghhh!!! Lagi berapa minit dah nak pukul 8.

Sesiapa yang pergi, silalah rakam pastu masuk youtube. Aku nak sangat tengok. Tak dapat dengar dia recite depan'depan, dapat dengar kat dalam youtube pun jadilah. )':

Ni...dia dah selamat sampai di Malaysia. Dia kata, dia tak kisah ada jerebu di Malaysia~ :')

Like ni kalau nak tau lebih lanjut:
https://www.facebook.com/FatihMalaysiaTour2013?fref=ts
His facebook:
https://www.facebook.com/fatihseferagic?fref=ts
#semua bergembira esok cuti sekolah.
#aku bersedih kerana tak dapat pergi.

Saturday, June 22, 2013

Kenduri di hari Sabtu~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Yosh! Salam Asar! Dah solat? Dah? Alhamdulillah...~ bagus semua~ (Y) heheee... Di petang santai Sabtu yang hening ini...moh sini aku nak citer sikit. :D

jerebu atau kabus? entahlerrr~

Gambar tu...sempat ditangkap sebelum sampai ke destinasi, iaitu di...Dewan Istana Sri Menanti, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Oops! Bukan dalam istana tu, tapi kat luar la. Ada dewan dia. :D  mula'mula, aku pun ingat kat dalam istana. Hahahaaa! Tak mungkin la kan~ kitaorang gerak, dalam pukul 10 pagi. Best jee...bila lalu kat hutan'hutan, kat kampung'kampung~ bumbung dorang...macam Minangkabau punya bumbung. Macam ni.....


Tapi, sesetengah je lah yang aku jumpa pesyen gini. Dan...takdelah tajam sangat macam dalam gambar tu. Hahaaa! Eksen lebih je...gambar tu. Macam pisau hujung bumbung dia~ itu...kalau sesiapa nak bunuh diri kecewa cinta ditolak mentah'mentah bolehlah ambik port kat situ. (Y) hoho0o~

Then...lepas tu, makan punya makan...kenyang perut senang hati, kitaorang se-family, tangkap gambar bagai nak rak kat istana tu... Tapi, kat luar jelah. Kat dalam takleh masuk~ ><


Nampak tak tu? Jauh sangat eh? Fon aku tak canggih nak tangkap gambar dengan jelas~ maafkan saya~~~ heheeeh... Lagipun, aku snap tu pun kat luar pagar. Cuma jongket sikit, nampak dah. Kakak aku kata, tulah Istana Sri Menanti tu. Ada dalam buku teks. Sebijik. Tapi, dalam buku teks sejarah aku, takdelah pulak. Maklumlah, kakak aku punya buku teks, zaman 90-an punya~ xD  heheee... Aku punya, zaman 2000-2013 punya. Geeeheee~ :D

Oh ya! Lagi satu. Kat kenduri tu...ada kembar ayah aku. Bukan kembar la sebenarnya. Sepupu. Tapi macam sama. Semua sedara'mara aku kata, "Eh kembar, kembar! Cepat! Tangkap gambar! Tangkap gambar!" hahahaaa! Aku pun, apa lagi. Snap ler jugak.


Bagi korang, sama tak? Mesti tak kan...? Misai tak sama. Pakaian tak sama. Tu...yang pakai songkok, my hero~ :D  mak aku dah kata, suruh ayah aku bukak songkok, kompem sama! Botak depan. LOL! xD  tapi ayah aku taknak. Katanya malu. Hahahaaa!

Lepas pergi lawat istana tu, kitaorang pergi Taman Rekreasi Ulu Bendul lak. Hahahaaa! Bunyi macam pergi bercuti, padahal pergi kenduri je. Terbaekkk!~ kat tempat tu, ada air terjun! Sejuk gila! Masuk tandas, basuh tangan, sejuk jeee~ (Y)  dah lama gak aku tak mandi air sungai. Nanti aku nak mandi! :D  lagipun, mak aku dah ajak ayah aku nak pi air terjun tu. Hihiii~ :D  entah dapat, entah tak...pergi air terjun~ di samping itu, aku cuci mata sat. Ada mamat'mamat hensem mandi. Ahahahaaa! Pakai boxer je mandi. Kahkahkah! Nak buat caner, dah depan mata, tengok jelah. Rezeki jangan ditolak! *okay sorry. melampau sudaaah~ xD

Friday, June 21, 2013

Cuti Sendiri~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Apa daaa. Hari ni hari Jumaat. Patutnya, hari sekolah. xD  tapi, disebabkan hari ini, SMK Sri Sentosa (sekolah aku la tu) ada aktiviti Hari Sukan, di sekolah lain. Pinjam padang. Sebab, sekolah aku, takde padang. Bukan takde, tengah buat baru. Bukan padang tau, tapi mini stadium~ :3  hebat tak, hebat tak? :P

Jadi...kalau nak pergi sekolah lain tu (apa tah nama, aku dah lupa xD) kena naik kenderaan sendiri. Sesiapa yang ada masuk pertandingan, kawad semua tu, ada bas bawak~ ciss! Tak adil sungguh~ >< *tapi, kalau ada disediakan bas pun, memang aku malas nak pegi~ :3

Oleh itu...hari Jumaat ni, KITA ENJOY!!! LOL. xD

Pejam, celik, pejam, celik, pejam tak celik'celik...dah nak dekat puasa kan? Tak sabar rasanya nak tunggu Ramadhan~ kumpul pahala banyak'banyak... Nak'nak 10 malam terakhir kan...? InsyaAllah, tahun ni aku nak rebut pahala tu! :D  selain tu...bila puasa, petang'petang kat kawasan rumah aku, mesti ada macam'macam jualan. :D  roti jon, kebab, soya + cincau, cendol, ayam percik, ayam penyet, ayam golek. Tu baru kat kawasan rumah aku, belum pi bazar lagi! Ish, ish, ish... Time bulan Ramadhan la baru aku tau, betapa indahnya syurga makanan ituuu~ hahahaaa! Haisshhh...tak sabarnya! Aku nak tapau semua! xD

comel tul Chopper~ <3
Nowadays... *amboi, omputih! heheee~  ramai kawan aku sekarang, ganti puasa...termasuklah aku. Kitaorang semua, memang suka ganti puasa waktu'waktu akhir camni~ heheee... Bila time rehat, kitaorang duk kelas, pakat ramai'ramai baca novel~ hoh0o0!~ memang sekarang ni, makin nak dekat PMR, makin menjadi'jadi kitaorang. Asyik baca novel ja. Then, tukar'tukar novel~ hahaaa! Bestnya! Musim novel kat sekolah. xD

Hari tu, ada pameran Karangkraf punya buku kat sekolah aku. Then ada satu novelis ni datang. Nak tau sapa? Nak tau? Jeng...jeng...jeng...!~ ni diaaa!!!



Hihiii... ;)  Kamsiah Abu! She already came to my school! :D  baru lagi. Hari Selasa hari tu. Aku ada mintak otograp dia. (Y)  then...adalah sikit, dia bagi tips'tips macam mana nak buat karangan yang baik, macam mana nak jadi novelis... Huhuuu~ aku duk belakang sikit, so...tak berapa nak dengar. Heheee~

Dan...lagi satu novelis pernah datang sekolah aku. Heheheee~ nak tau? Nak tau? Ni diaaa!!!~ prang...pang...pang!!!~~~



Anis Ayuni!!! :D  gambar diatas bukan aku! Ambik dari google ja. Anis Ayuni ni, dah lama datang dah kat sekolah aku. Dalam bulan 3 ke 4 tah.
Oleh itu...saya sebagai pelajar sekolah dan mangsa PMR, berbangga bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa, Kuchai Lama, Kuala Lumpur. :D
Dapat jumpa novelis'novelis ni~

≧◠◡◠≦✌

#thanks baca sampai lebam mata. :')

Tuesday, June 18, 2013

Baru Kenal~


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


kalo dia nampak aku ambik gambor baru bangun tidoq ni,
mampuih aku~ ni semua google punya pasal!
3 gambar ni, bagi aku pose yg paling seksi. xD

Mungkin...orang lain dah lama kenal. Aku...baru je kenal dia. TT___TT
now, umur dia 18 tahun. :D:D:D *dia ni bakal suami aku niii~ xP
muda gilaaa!

Taktau nak citer pasal apa tentang dia. Korang rujuk sini la:-

:D

Sunday, June 16, 2013

Finally...600!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Yay! Akhirnyaaa...dah sampai 600 episod!!! ^___^
lagi 400 episod nak 1000! n___n


Odacchi...THANKS FOR EVERYTHING! WE WILL ALWAYS
SUPPORT YOU TILL THE END!!!


#aku sendiri tak sangka, aku dah boleh catch up sampai episod latest~ ;)

Saturday, June 15, 2013

...Teringin Sangat...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Hai. Salam maghrib! Dah solat? Alhamdulillah... Semoga amal ibadat anda semua diterima Allah~ (:  know what? Aku teringin sangat nak makan menda ni~ tak silap aku, tahun lepas kut popular lepas musim durian.
/╯﹏╰\  tak pernah rasa tau.

Tapi haritu, ada kawan aku bawak gi sekolah. Tapi, tu mangga punya, bukan durian. Sedapnyaaa! Nikmat gilaaa! Hahahaaa! Semua beli kat dia. 50 sen satu. Then, makan kat kelas dengan selambernya ada cikgu kat depan. Hahahaaa! Cikgu pun, santai jaaa~ tak marah. xD  sporting lah katakan. *boleh ah citer, cikgu pempuan. kalo cikgu laki, mau kitaorang digilis dengan mesin rumput.

Ni...koleksi gambor'gambornyaaa~

ni mesti lagi sedap! sebab ada anggur, durian, strawberi...
yang hijau tu apa ek? pandan ek? ke...kiwi?
Seriously, aku pernah rasa mangga punya je. Buah lain tak rasa lagi. Adehhh~ nak buat tak reti. *aku mana reti hal'hal dapur even dah 15 tahun hidup. sikit'sikit tau la. -.-

Eergghhh...takpelah. Nanti aku nak belajar buat, then buat dengan kengkawan aku. (:  mesti lagi meriah kan?
≧◠◡◠≦✌

Sekarang...aku makin suka pulak makan makanan bercoklat. :D  nak'nak milo. Aku suka ratah milo. Tapi, sekarang kat rumah aku ada vico. ):  tak best. Nak milo~ TT___TT  kat rumah, kakak aku selalu bukak tv pasal rancangan masak'masak. Atau rancangan yang buat pemanis mulut tu. Atau, kek'kek dan coklat'coklat~ aku tengok pun... Terliur habis! Entahlah. Nafsu makan makin kuat je dohh. -.-


#hanya mampu telan ayaq liuq sendiri~
#kalo tak tahan sangat, kena belajar sendiri nampaknya! ><

Semua Baru

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Ehh...sekarang kan, template kita...yang Edit HTML tu, dah lain kan? Dah tukar baru~ (Y)  dulu, dashboard yang tukar, sekarang, benda ni pulak tukar baru. Tapi...aku taktau macam mana nak edit lagi dah. Serius, pening gila! ><

tak cukup besar, sila tekan gambar ni.
Tak paham aku dibuatnya. >.<  disebabkan sekarang, banyak blog buat tutorial, aku harap...ada blog yang buat tutorial pasal bendalah ni.

Nasib baik, blog ni yang lama punya. Tapi aku tak pakai. Sekarang baru nak pakai. Heheheee~ nasib...dah hias'hias blog ni dah~ kalau tak...jenuh lerr aku nak belajar sendiri pasal benda kat atas tu versi baru tu~ -.-

Harap'harap ada blog lain buat tuto pasal ni. (︺︹︺)

Friday, June 14, 2013

Odacchi...~

Berita yang sememangnya buat aku terkejut dan sedih! )':


Tak berapa nampak komennya? Sila tekan gambar tu untuk dizoomkan lagi~ (Y)

Sekarang hangat dibicarakan di media massa mengenai Odacchi. Mungkin, beliau terlampau bekerja keras nak siapkan manga kut. Sampai masuk hospital. Mangaka ni selalunya, tidur dalam 2/3 jam je. Sebab nak siapkan kerja'kerja lukis ni~ aku tak berapa nak paham sangat kerja dorang ni. Tapi, apa yang aku tau, mereka selalunya kerja terlebih masa untuk siapkannya~ aku terharu dengan kesungguhan Odacchi~ sampai jatuh sakit. TT___TT  bagi peminat One Piece, mesti korang faham kan? Semoga dia cepat sembuh dan boleh teruskan konflik'konflik yang berlaku di antara Mugiwara no ichi mi dengan Doflamingo kejam tu. )':

Kalau nak paham kerja jadi mangaka ni, anda dinasihatkan layan lah anime Bakuman~ anda pasti tahu bagaimana keadaannyaaa~~~ TT___TT

I hope...you get well soon, Oda-sensei~


Who is me?

My obsess~ ^___^


~~~~~~~~~~


Gersang betul tengok dia menari. XD  seksi sangat~ ♥__♥


Colin Morgan. :D


Beto Kusyairy and his wife. Walaupun dia dah beristeri, aku tetap sokong dia! :D

 ~ Inspirasiku, mungkin? ♥ ~

my friends... <3 daisuki desu! (':
Masa untuk kenalkan diri~ :P

> Nur Zafirah Binti Baharom
> SPM Victim 2015
> Kuchai Lama, Kuala Lumpur
> Nasi Ayam, Milo Ais~ ♥ *sedap hingga menjilat ibu jari kaki

Contact:
> Burungbiru *tak banyak tweet pun. kalo tweet pun, pasal anime je.
> Instagram: @zaf98 *tak banyak gambar pun, dan kalau ada pun, gambar anime/manga je...dan aku pakai fon mak aku. bukan aku punya. aku tak maju mcm korang~

Aku suka...:
One Piece ♥
Fairy Tail ♥
Naruto ♥
♥ Lee Kwang Soo ♥
♥ Fatih Seferagic ♥
♥ Syazwan Zulkifly ♥
♥ Johan As'ari ♥
♥ Beto Kusyairy ♥
♥ Colin Morgan ♥

My husband...:
1. ♥ Roronoa Zoro ♥
2. ♥ Oga Tatsumi ♥
3. ♥ Uzumaki Naruto ♥
4. 

So...ada sesiapa tak puas hati dengan aku? Hmm...~