Never Forget - Maher Zain ft Mesut Kurtis
Tak suka boleh pause. (:

Saturday, June 22, 2013

Kenduri di hari Sabtu~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Yosh! Salam Asar! Dah solat? Dah? Alhamdulillah...~ bagus semua~ (Y) heheee... Di petang santai Sabtu yang hening ini...moh sini aku nak citer sikit. :D

jerebu atau kabus? entahlerrr~

Gambar tu...sempat ditangkap sebelum sampai ke destinasi, iaitu di...Dewan Istana Sri Menanti, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Oops! Bukan dalam istana tu, tapi kat luar la. Ada dewan dia. :D  mula'mula, aku pun ingat kat dalam istana. Hahahaaa! Tak mungkin la kan~ kitaorang gerak, dalam pukul 10 pagi. Best jee...bila lalu kat hutan'hutan, kat kampung'kampung~ bumbung dorang...macam Minangkabau punya bumbung. Macam ni.....


Tapi, sesetengah je lah yang aku jumpa pesyen gini. Dan...takdelah tajam sangat macam dalam gambar tu. Hahaaa! Eksen lebih je...gambar tu. Macam pisau hujung bumbung dia~ itu...kalau sesiapa nak bunuh diri kecewa cinta ditolak mentah'mentah bolehlah ambik port kat situ. (Y) hoho0o~

Then...lepas tu, makan punya makan...kenyang perut senang hati, kitaorang se-family, tangkap gambar bagai nak rak kat istana tu... Tapi, kat luar jelah. Kat dalam takleh masuk~ ><


Nampak tak tu? Jauh sangat eh? Fon aku tak canggih nak tangkap gambar dengan jelas~ maafkan saya~~~ heheeeh... Lagipun, aku snap tu pun kat luar pagar. Cuma jongket sikit, nampak dah. Kakak aku kata, tulah Istana Sri Menanti tu. Ada dalam buku teks. Sebijik. Tapi, dalam buku teks sejarah aku, takdelah pulak. Maklumlah, kakak aku punya buku teks, zaman 90-an punya~ xD  heheee... Aku punya, zaman 2000-2013 punya. Geeeheee~ :D

Oh ya! Lagi satu. Kat kenduri tu...ada kembar ayah aku. Bukan kembar la sebenarnya. Sepupu. Tapi macam sama. Semua sedara'mara aku kata, "Eh kembar, kembar! Cepat! Tangkap gambar! Tangkap gambar!" hahahaaa! Aku pun, apa lagi. Snap ler jugak.


Bagi korang, sama tak? Mesti tak kan...? Misai tak sama. Pakaian tak sama. Tu...yang pakai songkok, my hero~ :D  mak aku dah kata, suruh ayah aku bukak songkok, kompem sama! Botak depan. LOL! xD  tapi ayah aku taknak. Katanya malu. Hahahaaa!

Lepas pergi lawat istana tu, kitaorang pergi Taman Rekreasi Ulu Bendul lak. Hahahaaa! Bunyi macam pergi bercuti, padahal pergi kenduri je. Terbaekkk!~ kat tempat tu, ada air terjun! Sejuk gila! Masuk tandas, basuh tangan, sejuk jeee~ (Y)  dah lama gak aku tak mandi air sungai. Nanti aku nak mandi! :D  lagipun, mak aku dah ajak ayah aku nak pi air terjun tu. Hihiii~ :D  entah dapat, entah tak...pergi air terjun~ di samping itu, aku cuci mata sat. Ada mamat'mamat hensem mandi. Ahahahaaa! Pakai boxer je mandi. Kahkahkah! Nak buat caner, dah depan mata, tengok jelah. Rezeki jangan ditolak! *okay sorry. melampau sudaaah~ xD

No comments:

Post a Comment

Hantar surat kerja posmen,
dah baca silalah komen.
:P