Never Forget - Maher Zain ft Mesut Kurtis
Tak suka boleh pause. (:

Tuesday, October 29, 2013

~TYG2~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Yay!!! Ya' know what?! Ada sambungaaannn!!! Setelah sekian lama beliau senyap selepas kemuunculan filem Ong Bak 3~

Akhirnya, beliau kembali dalam filem baru. Baru? Nak kata baru taklah. Kira macam sambungan la. Ni diaaa~~~

Tom Yum Goong 2!
Aku nak tengok!
Kyaaaaa!!!~
*fangirling

Dialah satu'satunya artis siam yang aku kenal. Satu lelaki, (Tony Jaa) dengan sorang pempuan, (Jeeja Yanin)~ my hero and my heroin~ :D

Nah, aku bagi hampa trailer. Usha lerr~ (Y)
tu diaaa! Dada berurat habaq hang!
*nosebleed~~~


Haritu, beli majalah Kreko. Jumpa pasal peraduan TYG2 ni. Apa lagi, aku isi je la! Harap sangat... Aku menang. Dan dapat tiket tu~ TT___TT


Tak cukup besar, tekan gambar tu. Zoom sendiri. Siap ada sinopsis tau dalam tu. (:

Monday, October 28, 2013

Nak buat Confession jap~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

AMARAN KERAS: SESIAPA YANG BACA, RISIKO TANGGUNG SENDIRI.

.
.
.
.
.

Okay... Tajuk dan amaran tu nampak macam sakai sikit. Huhuhuuu~ aku jeles sebenarnya. Dengan budak ni.


Okay. Tu je confessions aku tetengah pagi buta ni. Ekceli, baru habis tengok Running Man ni. Kat SBS. Untung gile budak tu. Dahlah sama birthday dengan Kwang Soo. Dia 22 Julai, Kwang Soo 14 Julai. Nasib baik nama keluarga tak sama. ><

Oh ya, by the way... Girin nak datang Malaysia. 4 Januari 2014. Kenapa lah...tak 4 April 2014. Cantik dah nombor tu. (Y)  harap betullah. Harap...sekolah tak bukak lagi. ><  jangan cancel macam haritu sudah. Huhuhuuu~ ye ye ah je. Macamlah aku boleh pergi. )':  nak tau lebih lanjut, tekan sini.

Sunday, October 27, 2013

Aktiviti-aktiviti selepas PMR #3

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Yoshhh! Lama gak aku tak update ni. Rindu ni nak update ni. Nak blogwalking lagi. :D  so, ini entri last pasal aktiviti'aktiviti selepas PMR kat sekolah aku. Ekceli, patutnya ada entri lagi pasal aktiviti'aktiviti nih. Cuma aku tak sempat taip la pulak. Yang ni aku sempat taip, sebab ianya adalah kenangan terindah dalam hidupkuuu~~~ weeeoooeeee~~~ ;)

So...gini citer dia. Rabu lepas, 23 haribulan Oktober 2013, sekolah aku ada buat lawatan ke Melaka. Kitaorang pergi Zoo Melaka, Menara Taming Sari, adalah shopping'shopping sikit kaaan...dan pergi ke Kota A' Famosa tuuu~ best gileee! Taktaulah nak kata apa... Nak taip pun dah taktau daaaah~ aku letak gambar je la.

Ni gambar haiwan'haiwan yang aku tangkap masa kat Zoo Melaka. ;)

Badak. Besar gila!
Dapat dekat dengan tapir! Dia lari'lari tepi dinding.
Sipi je aku nak sentuh dia. Tapi kawan aku halang. -.-
Selain badak, ni lagi besar dari badak. (Y) terkejut gila kitaorang tengok
Seladang nih. (Y)
Berlari'lari aku dapatkan zirafah ni. Teringat kat Kwang Soo
aku~ :3
My Girin! 
Ni binatang apa pun aku taktau la. Dah lupa nama dia.
Tapi comel! 
Harimau apa tah nama dia. Lupa dah~ xD
Apa nama? Harimau Hitam...ke Kucing Hitam tah. Smart gileee! (Y)
Comel kan? Memerang tak silap. 
Kawan aku kata, buaya ni dah mati. lol. dia cuma malas jaaa~
Apa nama...? Burung Enggang ehh?
Ni aku taktau apa nama. Lupa dah~ lol
Comel gile monyet ni minum air. dia kauk air pakai tangan. 
Aku bagi dia makan potato chip. sian dia. lapar gila.
aku try bagi kat tangan. tangan dia basah. yelah, dia sumbat
dalam mulut dia. yg basah tu air liur dia la. kawan aku
nak bagi dia makan kat tangan, tapi takut. tetiba, dorang gaduh,
pahtu kawan aku terkejut, terus lari. lol
aku kat situ tunggu sampai dia habis makan. xD
Bearcat. (Y) comel. tangan dia panjang.
Ni paling comel! kucing apa tah nama. 
Then, lepas pergi Zoo Melaka, kitaorang pergi Menara Taming Sari. Ni diaaa...~~~


Hahahaaa! Cikgu aku...gayat nak naik. Dah sampai atas kan menda tu pusing'pusing kan, pahtu...cikgu tak lepas peluk tangan aku. Orang sebelah kanan dengan kiri jadi mangsa. Aduii~ kelakar betul muka cikgu~ lawa pemandangan dari atas. Dapat tengok Selat Melaka~ ♥ nice view.

Untuk aktiviti ketiga, iaitu shopping... Aku takde gamba nak letak. Kitaorang shopping kat tempat Menara Taming Sari tu jugak~ huhuuu... Duit aku, ayah bagi...dari 30 ringgit, belen tinggal 3 ringgit ja. Sebab tiket nak masuk tu, kitaorang kena bayar sendiri. Bukan cikgu. )':  pokai poket aku dah~ baru ingat nak kumpul beli topap. Heheheee~ :3

Pergi Kota A' Famosa tu pun, aku takde gamba nak letak. Maklumlah, memang aku ingat nak snap sikit gambar, tup tup...bateri fon mati. Huhuhuuu~ malang nasib.

Kat Kota A' Famosa tu, ramai gila pelancong Jepun. Satu bas pulak tu. Yelah kan, dulu kan, jepun pernah jajah tanah melayu kan. Yang pelancong tu, kebanyakannya...semua orang tua'tua. Orang muda, dalam 2, 3 orang je.

Nak dijadikan cerita...
Waktu tu, aku nak naik tangga. Nampak 2 orang nenek ni (orang jepun la), dia nak turun tangga. Dia cakap'cakap, aku dengar la. Pahtu aku usha dia. Dia tengok aku, pahtu dia tegur aku, "konnichiwa" sambil senyum. Aku dalam hati, "Ya Allah! Tak sangka aku, orang jepun tegur aku! Bahagia betul hidup ni!" xD aku apa lagi, balas la balik, "konnichiwa"~ hahahaaa!  bestnya!

Then, dah habis masa untuk kitaorang jalan'jalan. Cikgu pun suruh kitaorang balik. Kitaorang pun turun la tangga... Kebetulan pulak, pelancong'pelancong dari jepun tu pun dah nak gerak balik naik bas. Kawan aku, Rosya ni...asyik duk ikut kumpulan makcik, pakcik jepun tu. Siap jalan kat belakang dorang... Pahtu, dia pi tegur pelancong'pelancong tu, "konnichiwa". Kitaorang pun, ikut jela dia tegur makcik pakcik tu. Pahtu, ada pakcik kat depan sekali tu, macam terkejut. Dia berhenti. Pahtu dia cakap something kat pelancong'pelancong belakang dia. Agaknya dia terkejut tengok kitaorang tegur dia dalam bahasa jepun. Dorang pun, lambai'lambai tangan kat kitaorang sambil kata konnichiwa. Kitaorang pun buat benda yang sama.

Then, sebelum sampai kat bas, ada dua orang ni, pakcik and makcik. Aku suruh kawan aku, yang Rosya tu cakap "yokosou". Yelah kan, macam kata "selamat datang ke malaysia" gituuu~ pahtu dia pun cakap yokosou. Pakcik dengan makcik yangg kat belakang tu dengar, dia pusing. Pahtu dia terkejut. Then dia senyum, dia cakap "arigato" (terima kasih). Dengan ramahnya, makcik tu suruh kitaorang bergambar. Ahhh~ happy gileee kitaorang! Pakcik tu pun ikut bergamba dengan kitaorang. Dah habis bergambar, kitaorang cakap arigato. Dia pun balas yang sama.

Lepas tu...kitaorang ikut pelancong'pelancong tu sampai ke bas! Kerja gila! xD hahahaaa! Then, ramai'ramai cakap, "sayonara!" (selamat tinggal). Hahahaaa! Makcik yang tangkap gambar kitaorang tu, cakap sayonara jugak. Pahtu aku dengar, dia cakap "genki de ne". Maksud dia, macam "jaga diri" la~  pahtu, kitaorang lambai la pelancong'pelancong tu. Pelancong'pelancong tu pun, lambai kat kitaorang balik~

Ahhh~ sweet moment siottt!~ bangga gak rasa...aku dapat cakap dengan orang jepun ni. Ni yang buat aku rasa nak pegi jepun je ni! >.<
Sorry kalo panjang sangat entri ni. Nak share dengan korang je, feeling aku ni! heheheee~ HAPPYNYAAA~
*now, I can die happily~

reaksi aku bila dapat cakap dengan orang jepun walaupun ayat basic je.

Wednesday, October 16, 2013

Aktiviti-aktiviti selepas PMR #2

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Okay, aku tau...aku lambat nak ucapkan... Tapi apa'apa pun, aku tetap nak ucapkan jugak! :D


Raya ni, aku tak pergi mana'mana. Lawat saudara'mara pun tak. Yelah, ayah aku, tukang sembelih, mak aku pulak, merewang dengan geng kongsi gelap beliau potong'potong daging. (Y)  then agih'agihkan daging satu untuk satu blok. Aku, blok 4...ada 2 ekor kambing. Kat kawasan rumah aku, ada 5 blok. Setiap blok, ada lembunya sendiri. (Y)  :D

Okay...hari ni hari Rabu. Ada 2 aktiviti yang kitaorang main. Sukaneka dan Amazing Race.

Sukaneka tu, macam biasalah, permainan budak'budak tadika, darjah 4, 5, 6 tu. Pertama, kitaorang kena isi air dalam botol pakai span. Hahahaaa! Serius, teringat zaman aku tadika dulu'dulu dan sekolah rendah. Sweetnyaaa bila kenang balik. Rasa nak balik ke zaman tu. ♥  kedua pulak, kitaorang kena bawak bola ping pong letak kat sudu guna mulut. xD  hahaa! Kenangan tu beb! Then, game last, tiup belon sampai pecah. Tapi, semua bantah. Dorang tak berani nak tiup belon sampai pecah kat mulut. Setelah buat tawar'menawar dengan cikgu, cikgu pun bagi kemudahan sikit...dengan pecahkan belon tu mestilah duduk atas belon tu. Hoh0o0! Akhirnya...bila tiba part aku, aku tak dapat tiup belon tu! Malu gilaaa! Tapi, buat muka selamber suda... Nasib baik kawan aku tolong buatkan. Cikgu bagi kebenaran untuk tukar~

Dan...akhirnya, kumpulan kitaorang kalah. Tak dapat tempat ketiga, kedua mahupun pertama~~~ sayangnyaaa~ game budak sekolah tadika pun tak lepas nak dapat nombor satu. Mwahahahahaaaaa! Papepun, tu memang kenangan lah. Rindunyaaa~~~


Then...game kedua pulak. Amazing Race. Disebabkan di kalangan budak perempuan melayu dah ramai layang Running Man, dorang anggap Amazing Race tu Running Man. Hahahahaaa! Tapi tukar la, Running Girl. Sebab ramai yang masuk ialah perempuan. 2 kumpulan je ada ahli lelaki. Lagi 8 kumpulan, semua perempuan. *nampaknya memang betullah, zaman sekarang perempuan dah ramai dari lelaki.*

Game pertama, mencabar sikit ah. Kena asingkan kacang'kacang. Nak'nak kacang hijau! Dahlah kecik, asyik jatuh bawah meja ja! Susah woo! Kacang yang besar'besar, senang sikit nak susun~ kumpulan aku, second last baru siap. lol. Game kedua, kena main teka teki dengan cikgu. Soalan teka teki berbunyi macam ni,
dalam banyak'banyak kuih, kuih apa yang hanya bahagian tepi je boleh makan, tapi tengah'tengah tak boleh?
Lebih kurang macam tu laaa... Cer korang teka, apa jawapannya? Nak jawab, komen la ye. (; game ketiga pulak, kena tendang bola sampai kon jatuh. Kitaorang group yang ketiga dapat selesaikan misi tu! Hihihiii... Tapi, aku sepak bukan kena kon, kena kaki cikgu. xD  misi keempat pula, kena isi air dalam span lagi. Aduhhh...naik bosan aku. Then, kena jadi patung. Cikgu KH arahkan kitaorang buat situasi sedang berniaga. Dan...masing'masing kena jadi patung dah buat aksi macam orang tengah berniaga. (Y)  simple ja tu~ heheheee~ celah gigi ja tu. Misi keenam pulak, kena carik bilik stor. Memang lama gila nak carik! Dahlah bangunan sekolah 10 tingkat! Stor pulak, taktau stor apa. At least bagilah klu lagi, stor sukan ka, stor buku ka... Adui~~~ memang mencabar la. Peluh2 dibuatnya. Dan...game yang ketujuh... Kena kutip sampah berlainan. Cikgu nak 10 sampah berlainan. Phewww! 10 kumpulan, 10 orang. See, berapa ramai buat kerja amal bersihkan sekolah? Hahahaaaaa! Duduk goyang kaki je la makcik'makcik cleaner tu. Sebab kitaorang dah ganti kerja dorang buat sementara waktu~ (;

Akhirnya...our group got the THIRD place! Yeeehaaaaa! Tak dapat nombor pertama takpelah, asalkan TOP 3. Eheheheee~ :3


Katanya, esok ada futsal pulak. ♥ I like~ (;  aku nak jadi keeper. Aku boleh jadi Khairul Fahmi Che Mat versi perempuan. xD  tadi practice main, kitaorang punya group 5 kali gol. :3  ekceli, aku suka jadi penjaga gol sebab tak banyak bergerak~ xD  malas nak lari sebenarnya~

Permainan tradisional pulak, batu seremban je aku isi nama. Congkak tak. Aku tak pro sangat main congkak. Lagi satu, carrom~ woooh0o0oo~~~ lama gila tak main carrom! ♥  tak sabar nak main! Walaupun dah lupa macam mana cara nak main carrom~ xD

Friday, October 11, 2013

Aktiviti-aktiviti selepas PMR #1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

sejak dah pandai edit gambar ada bunga kat kepala, aku jadikan mangsa aku
Zoro. hahaaa! tetap hensem suami aku ni! :3
Yosh! Hari ni kat sekolah... Ada pasal taklimat pakej form 4 tu, untuk tahun depan. Time dah nak balik tu, ada cikgu tu, panggil sorang'sorang yang ada bakat ke tengah. Semua budak yang beratur, semua ke tepi. Ada 3 orang budak cina ni, datang depan. 2 orang daripada dorang, adalah dancer. Dancer hip hop. Macam b-boy tu. Cool! Seriously cool! Kalau aku bawak fon, boleh rakam tunjuk kat korang. Yang lagi satu tu, main beat box. (Y) AWESOME! Macam ni...


Memang terbaik ah cina'cina tu! 2 orang dancer tu, nama Nicholas dengan Richard. Yang main beatbox tu, Aaron. Semua form 3~ *nama semua nama omputih kan? cikgu aku pun perasan pasal nama dorang tu*
 then...cikgu suruh dorang buat tarian yang paling susah. Dorang buat tarian ni hah.....

Lebih kurang camtu lah. Memang bergema je dewan bila dorang menari. Semua tepuk! Wo0oho0o! Aku tengok macam dah bukan sekolah je. Macam pertandingan cari bakat je. Memang terbaik ahhh! Pahtu...cikgu panggil budak cina perempuan jugak, menyanyi. (Y)  bolehlah...suara dia, tapi dia malu'malu. Then, kawan kitaorang pun kena gak. Tapi, dia taknak nyanyi langsung. Segan katanya. Then, cikgu panggil siapa yang ada bakat macam joker. Maka, budak lelaki india ni pun keluar. Sekelas dengan aku sebenarnya.

Cikgu tanya dia, "Kamu pandai buat lawak tak?"
"Tak pandai cikgu. Tapi, saya boleh tiru mimik muka orang."
"Okay cuba buat."

Maka, dia pun buatlah... Orang yang dia tiru tu, cikgu Geografi kitaorang sendiri. Hahahahaaaaa! Memang sebijik gila ahh! Bila dia buat, satu dewan tu gelak! Memang sebijik! Cikgu yang panggil dia buat lawak tu pun gelak. XD adoiii...best betul hari ni. Lawak...lawak~

Lepas je habis semua persembahan cari bakat tu...

Kitaorang pulak buat persembahan... Cehhh! Mana ada. Kitaorang semua budak pempuan melayu, main ceper korea. Hahahaaa! Terbaik! Daebak! Aku yang start dulu suruh dorang buat ceper korea. Orang korea panggil, ttakji. Atau ddakji. Permainan tu, kitaorang ambik dari Running Man.

ddakji yg aku buat. yg warna merah tu aku pakai kotak. (Y)
Hahahaaaaa! (Y) anda tak kenal apa itu Running Man? Anda tak kenal apa itu permainan ttakji? Jom...tengok video ini. (:

Okay, rancangan game tu, namanya Running Man. Permainan tu, namanya ttakji. Dia kena baling kertas tu untuk terbalikkan kertas lagi satu tu. Tak paham? Ulang balik video tu. Takpun, tengok kat youtube ja. Tapi serius, memang penat main game tu. Susah giler nak flipkan dia! Aku, sampai lenguh'lenguh tangan. -.- sampai sekarang terasa sakit lengan. Adoii~ main ceper melayu lagi senang. Timbang, pastu main. (Y)  tapi, tulah. Sekali'sekala nak kenal budaya dan permainan tradisional negara asing, apa salahnya kan... (:  lepas ni, nak carik ceper jepun pulak. XD

Wednesday, October 9, 2013

Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2014 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
  1. Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  2. Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  • Kesihatan diri pemohon:
  1. Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  2. Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional:
  1. Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  2. Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  3. Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Boleh lihat di sini syarat khusus.

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
  1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2014.
  2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2013 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 adalah pada 25 Disember 2013.

Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula atau pada awal persekolahan 2014.

Rayuan Kemasukan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Pertanyaan & Maklumat

  • Sila kunjungi laman web Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 2010, 2011, 2012 dan 2013 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
sumber: Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2014.

I'm just sharing the information~ (:
teringin nak masuk. >.<

Tuesday, October 8, 2013

Fight For Your Freedom!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Setelah sekian lama kita tak bersua muka... *pernah ke walaupun sekali? xD* akhirnya kita bertemu jua.

*start muzik*
Apa khabar orang blogger...
Lama sudah tak berjumpa,
minta-minta semuanya,
di dalam sihat sejahtera...~~~
*muzik habis*

Okay. Tajuk diatas tu, lirik dalam lagu opening Naruto Shippuden~ (Y) ;) heheee... Jadi, disini, aku ingin mengisytiharkan...esok raya! pada 8 Oktober 2013... ... ... Penilaian Menengah Rendah telah TAMAT. Kami kumpulan gelap 98's gang telah pun menempuh dugaan-dugaan, seksaan-seksaan, cabaran-cabaran soalan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Maka, pada tahun hadapan dan seterusnya, tiada lagi PMR. Harap maklum. (:

Rasanya, haritu trial susah giler! Bila jawab PMR, bolehlaaa~ adalah jugak, soalan'soalan yg kacang goreng, ayam goreng je. Pejam mata je dah boleh jawab. *baik butakan terus! xD*  by the way, aku cakap je confident, tah'tah...bila keputusan keluar, berpeluh'peluh sampai terlucut seluar agaknya menengok keputusan. *nampak harapan macam tipis je...nak dapat straight A*. lol. Tapi apa'apa pun, aku harap sangat, semuanya lulus. Aku tak nak gagal. Paling kurang C pun cukup lah. ><  sejarah, sains, math memang aku lemah. )':  *risau gila nihhh!*

And esok, ada pemulangan buku teks tingkatan 3. YAY! No more being tortured by text books! :3  dan hari Jumaat pulak, ada taklimat untuk pakej aliran form 4 tuh. Huhuhuuu... Aku nak ambik sains tulen, sains stream? Jangan harap. Dalam mimpi pun tak. -.-  hari Jumaat pun, ada taklimat jugak pasal Kolej Vokasional. Aku nak masuk KV! :D  sesiapa form 3 yg berminat nak masuk KV, daftar bersama cikgu. Yay! Tak sabar nak isi! *walaupun keputusan trial aku teruk. ><*  haritu pergi KEKK, cemburu gila tahap gear 5 aku tengok dorang pakai uniform KV. Warna oren. >.<  teringin sangat nak masuk~


Then, ada kawan aku ni, ajak pi buat fiesta kat rumah dia. Sempena dah habis PMR. Hahaaa! Fiesta lah sangattt! xD  aku nak pergi!

So, lepas PMR ni, apa aku nak buat? Hmm... Ingat nak listkan macam kawan aku, tapi nanti...takut tak cukup kertas lah pulak~ heheee~ :3  banyak gila aktiviti nak buat lepas PMR. Sekolah pun dah banyak aktiviti. Dengan lawatan lagi. Pergi Melaka! Yay! 23 Oktober ni! Tapi, kena pakai uniform sekolah. Part tu yang tak best tu. -.-  but, this is the first time aku pergi lawatan yg destinasinya jauh macam ni! Wooohooo!!! Eksaited baiii! Keluar bersama kawan'kawan dan cikgu! Yeeehaaa!!! Joget sikit!!!

Lee Kwang Soo... My oldest crush. :D  tahun ni baru kenal Running Man~
sian kan aku? :3 (>‿◠)✌